Jumaat, 29 Mei 2009

Alhamdulillah...Semester 3 dah berakhir...

Alhamdulillah...ana bersyukur sebab semester 3 yang penuh dengan cerita, suka, duka, konflik yang menekan, kerja yang menggila, aktiviti yang padat, sudah pun berakhir... Esok, pukul 10 pagi, ana akan bertolak pulang ke Kluang. Tunggu ya warga Kluang, ana akan kembali setelah hampir 2 bulan tak pulang! =) Perancangan cuti kali ni, hmm...ana nak sambung praktikal lesen kereta yang tergendala. Kemudian, seperti biasa, ana akan menghabiskan masa dengan membaca, berfikir tentang yang sudah-sudah, yang akan datang dan yang sedang berlaku... Dan dah tentulah hobi kegemaran (berangan) tu akan tersenarai juga dalam aktiviti musim cuti. =) Seperti biasa juga, dah tentulah ana akan bertukar profesion untuk sekejap waktu. Jadi tukang masak yang berjaya! (Hahahaha...berjaya ke? Hentam saja la labu...) Mujurlah yang makan tu tak banyak kisah. Tapi kalau banyak kisah pun, terpaksalah telan juga masakan ana... =) Hmm..apa lagi ya? Nantilah ana fikir-fikirkan lagi aktiviti musim cuti ni. Sekarang ana nak sambung mengemas barang-barang yang di simpan di stor. Kluang...nantikan kepulangan ana!!!


Tiga kotak...Dua yang berada di bawah itu terisi dengan majalah, buku puisi, novel dan segala macam perkara berkaitan sastera...

Dan dua kotak nota...huhuhuhu... (konon-konon rajin sangatlah tu..hihihi)

p/s: Ana rasa, ana perlu bawa lori untuk mengangkut barang-barang ana bila dah tamat belajar 2 tahun lagi...huhuhuhu

Khamis, 14 Mei 2009

Mood Peperiksaan...


Bermula 19 Mei hingga 27 Mei 2009 ini, ana akan menghadapi peperiksaan akhir bagi semester ketiga ini. Jadi, ana perlu berhenti seketika daripada melakukan hobi rutin ana ini bagi memberi laluan kepada persediaan peperiksaan. Moga Allah memudahkan ana untuk membuat ulangkaji dan menjawab soalan peperiksaan nanti. Doakan ana ya! Kepada teman-teman dan adik-adik, baarakallahu fiik... Sama-sama kita berusaha! Imtihan...wannajihin walfaizin!

Ahad, 3 Mei 2009

Anugerah Pertama sesudah menimba sedikit ilmu dahulu...

Segugus Takdir Di Kebun Hiba
(Percakapan buat guruku, Hairi Yahya yang tertimpa ujian tak terduga. Moga cepat sembuh ayahanda!)

Segugus takdir yang sudah ranum
gugur dari pohon cinta-Nya
menimpa tanah nuraniku.

Lantas mengapung wayu fikir
meratap berat tanda sayang-Nya
yang terjatuh ke riba
tanpa duga.

Ya Rabb
dahan semangat seakan mereput
diratah anai-anai duka
bisa saja patah sekalipun tanpa
takikan.

Ya Rabb
akhirnya di kebun hiba ini
kutemui senyuman mentari
yang mencelah di balik rimbun
reda-Mu.

Segugus takdir yang sudah ranum
gugur dari pohon cinta-Nya
menimpa tanah nuraniku.

Membawa atma hibaku
menikmati manisnya buah
syukur!

Berita Harian, 2 Mei 2009

p/s: Alhamdulillah...Anugerah pertama dari Ilahi setelah penat ana mencuba, setelah ana mencedok sedikit ilmu di sana sini, khususnya daripada Pak Im (fasi ana yang amat ana kagumi) juga fasi-fasi MPR yang banyak memberi ilmu, Cikgu Sham, Kak Nas & Abg Saiful. Buat bekalan semangat ana untuk terus berusaha. Moga dipermudahkan, moga diberkati.