Khamis, 29 Disember 2011

.: Sudah-Sudahlah :.

"DIAM itu tandanya sedang TIDAK SUKA."


B E R H E N T I. Sudah-sudahlah seorang kamu. Berhenti menyakiti hati sendiri. Makin kamu mendekat, makin ia menjauh. Tak yakinkah kamu dengan susunan takdir-NYA. Jangan kamu dekati lagi dan lagi dan lagi. Kelak, yang sakit itu jiwamu sendiri. Bukan sengaja melukakan. Namun, kamu tidak pernah mengenal apa ertinya memberi ruang. Dalam keadaan yang menyesak, pilihan apa lagi yang tinggal selain DIAM? Dan diam itu akan menghiris-hiris hatimu menjadi kepingan rasa yang paling tipis. Serasa kamu, dengan mengatur langkah tanpa henti kamu akan sampai kepada yang kamu cita dengan sangat segera? Hati-hatilah seorang kamu. Jangan kamu paksa yang tidak rela. Jiwamu bakal bertambah luka andai kamu tidak juga mahu memberi ruang. Bimbang nanti sampai satu masa, yang 'ada' menjadi 'tiada' walaupun nyata di depan mata.

p/s : Menyerah bukan bererti kalah; tapi maknanya memberi ruang.

Isnin, 14 November 2011

.: Rakaman Kenangan :.

"Sesungguhnya saudaramu yang jujur ialah yang selalu bersamamu, yang bersedia mengorbankan dirinya untuk dirimu; dan insan yang apabila zaman berganti, tidak dia memutuskan hubungan denganmu. Sekalipun bercerai denganmu, rasa persahabatan tetap untukmu..."
( Saidina Ali )

Musim berganti musim, bilah-bilah hari sudah hampir tiba ke penghujungnya. Usai 5 tahun setengah menimba ilmu di daerah kecil yang penuh berwarna-warna. Kepada yang mendidik, terima kasih untuk ilmu dan didikan yang memaknakan kehidupan. Buat teman-teman, terima kasih kerana setia bersama. Ini rakaman kenangan. Antara kita dan masa; di sini kita belajar apa ertinya suka, duka, teman, sahabat, bersama dan dewasa. Kepada kalian yang bernama Cinta, TERIMA KASIH UNTUK KENANGAN... (T_T)

Dia - peti harta karun

Dia - yang selalu positif & tak jemu membantu

Mereka - yang ketawa & menangis bersama

Mereka - yang sama-sama dalam perjuangan

Si gadis - yang sering meminjamkan telinga, susah senang bersama
  
Gadis bertujuh ini penyeri PISMP PSV 

 yang sering bersama



Mereka - PISMP PSV (2006-2011)


Edog n da gang - Cinta & pengubat duka



- IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN (2006-2011) -

p/s : Kenangan...aku rindu... Selalu... (T_T)


Selasa, 25 Oktober 2011

.: Percaya :.

"Trust is just like a paper. Once it's crumpled, it can't be perfect again..."

Kadang-kadang dalam hidup ini kita menaruh percaya pada salah tempat, salah orangnya. Kau orang tahu apa rasanya ditipu dan diperguna? Rasanya tidaklah seenak kek buah berperisa oren. Tapi tak ubah seperti tertelan biji mangga lalu tersekat di kerongkong. Huhu...saya tipu ja! Ya, saya sedang ketawa. Sedang cuba untuk suka.



Sakitkan kalau kita ditipu dan diperguna oleh orang yang kita percaya? Lebih teruk lagi jika kita tahu yang kita sedang ditipu dan diperguna. Itu tandanya kita sedang lakukan sesuatu yang kurang cerdik. Mendera hati sendiri. Kawan saya pernah kata, "Jangan terlalu menaruh percaya sebabnya kawan itu juga manusia biasa...". Hari ini saya setuju terlalu dengan kata-katanya. Ya, awak memang selalu benar bila memberi nasihat. Saya ja yang selalu tak mahu dengar nasihat awak. Maafkan saya awak!

Kau orang ingat ini ya, percaya itu jangan mudah diberi-beri. Saya bukan mahu ajar kau orang supaya bersangka-sangka. Tidak sama sekali. Ya, saya tahu kau orang memberi percaya kerana kau orang sayang. Tapi kau orang yakinkah, sayang kau orang itu tidak disia-sia? Selagi namanya manusia, kau orang dan saya juga, kadang-kadang tergula-gula dengan manisnya kata. Saya sudah rasa, jadi jangan kau orang cuba nak rasa sama. Kelak kau orang parah merawat hati sendiri.

Semalam saya suka terlalu bila ada bunga-bunga kata yang cantik berwarna-warna. Dan terlalu selalu begitu. Dan saya percaya. Dan saya terlupa. Dan seperti selalunya. Dan itu hanyalah kata semata-mata. Dan entah untuk kali yang keberapa, saya terdengar lagi alasan kamu di hujung telinga. Dan itu helah bela diri seperti sedia kala. Dan saya terdiam. Dan dan dan dan dan... Dan apa lagi boleh saya kata?


Yang saya sudah percaya dan sedang percaya, saya tahu kamu tidak akan membaca ini kerana saya bukanlah kepentingan utama. Tapi saya sangat berharap kamu merasa.  Maafkan saya jika saya diam. Saya ketawa tadi, bukan bermakna saya suka. Dan bila saya diam, itu tandanya saya sedang tidak suka. Kamu teruslah dengan hidup kamu juga hari-hari bersama dia yang lebih kamu hargai dan percaya. Pergi jauh-jauh dari saya. Yang sedang menipis kini namanya PERCAYA.

p/s: Maaf ya...entri kali ini tak memberi manfaat apa-apa kepada yang membaca.

Selasa, 4 Oktober 2011

.: Trifle Untuk Kamu :.

"The best way to cheer yourself up is to try to cheer somebody else up..."
- Mark Twain -


Assalamualaikum semua... Entri dalam ke'bizi'an melampau sebenarnya ni. Tapi tak mengapa...demi sahabat, saya rela. (^_~)v Kali ini entri dikarang khas buat seorang teman yang mahukan resipi puding trifle yang pernah dia jamah semasa berkunjung ke rumah saya dulu. Gambar ini bukan trifle yang saya buat. Ini kawan saya [http://anglelady.blogspot] yang buat. Saya pinjam saja sebagai pameran. Hehe.. Apapun trifle yang akan saya beri resipinya ini, lebih kurang sama macam ini jugalah. Baiklah...chef Misraini akan memulakan kelas membuat puding trifle secara maya. Kalau suka, boleh cuba sendiri ya... =)

Bahan-bahan:

1 buku kek gulung
[apa-apa perasa pun boleh, tapi saya selalu beli perasa coklat]
2 sudu tepung kastard
1 kotak jeli Nona
1 tin susu cair
1 tin fruit koktail
Gula sesedap rasa

Cara-cara:

  1. Potong kek dan susun slice demi slice kat dalam mangkuk kaca atau mangkuk ikut keselesaan anda[Jangan kecil sangat ye mangkuk tu]. Susun sampai penuh ruangan mangkuk itu. Kek yang lebih bolehlah dimakan sambil-sambil buat tu kan.
  2. Taburkan sikit fruit koktail tu ke atas lapisan kek tadi. Agak-agak je ye. Jangan habiskan 1 tin tu.
  3. Kemudian, masakkan 2 sudu tepung kastard itu dengan 1 tin susu cair dan tambah secawan air. Masukkan gula sesedap rasa dan masaklah ia sampai berkilat dan likat. Masak lama-lama ye sampai ia bertukar jadi warna kuning telur yang cantik dan menyelerakan. Hehe...
  4. Kemudian, tuang kastard yang dah masak itu ke atas lapisan kek tadi. Ratakan ke seluruh permukaan.
  5. Kemudian, masakkan pula jeli Nona sebungkus itu dengan 2 cawan air dan gula. Gula tu sesedap rasa jugalah. Ikut selera masing-masing. =)
  6. Selepas jeli tu masak, tuang di atas kastard tadi. Tuang perlahan2 supaya tak bercampur dengan kastard. Lakukanlah dengan penuh kasih sayang seperti menatang minyak yang penuh. =)
  7. Kemudian, taburlah lebihan fruit koktail itu ke dalam jeli yang sudah dituang itu. Biar dia tenggelam dan berenang-renang di dalam jeli. Oh lupa, jangan tuang air koktail tu sekali ye. Koktailnya saja.
  8. Lepas tu, biar dia sejuk sikit dan masukkanlah dalam peti ais. Lepas tu bolehlah makan dengan sangat nikmat.
Ok...dah siap! Selamat mencuba ye... Perlu tinggalkan anda untuk beberapa musim kerana terlalu banyak tugasan yang perlu dilunaskan saat ini. Tinggal dulu sahabat... ~




Khamis, 29 September 2011

.: Terkenang :.

"Di jalan Allah, ukhwah ini bukan milikku dan bukan milikmu. Ukhwah ini adalah perancangan Allah yang mengetahui segala rahsia. Kerana Dia-lah aku mengenalimu dan kerana Dia jugalah yang telah menetapkan kita mengukir seribu kenangan bersama. Ukhwah ini sudah pasti terisi dengan kasih sayang; moga persaudaraan ini berkekalan untuk selamanya. Jagalah Allah, maka Dia akan menjagamu. Ingatlah Dia, maka Dia akan ingat padamu. Teruskan perjuanganmu dalam mencari erti diri dan mengenal makna kehidupan..."
- Saqef Baif -


S.A.H.A.B.A.T... Saya tahu dia selalu datang walaupun saya tiada. Dia selalu duduk diam di sini walaupun yang tinggal hanya huruf-huruf saya yang berbayang. Maafkan saya ya kerana selalu tak ada. Tak ada di sini, malah jarang-jarang ada di sana. 

Kelmarin dia kata, mujur dia ingat tentang saya dan jika tidak, mungkin saya sudah lupa yang saya punya sahabat bernamakan dia. Ya, saya akui saya memang pelupa. Tapi, saya tak pernah lupa dan takkan melupakan dia kerana dia sahabat yang selalu ada. Siapa sangka kita akan jadi seakrab ini. Saya juga tak sangka. Dan memberi mandat sebagai 'sahabat' itu bukan mudah untuk semua. Tapi Allah memilihnya untuk saya temui dalam perjalanan yang entah bila akhirnya.

Sungguh! Syukran Allah...kerana Kamu, saya punya dia. Dia yang selalu ada, yang tak pernah rasa jemu membantu. Dia yang selalu mendengar dan menemani. Tidak upaya menyekat air jernih yang mengalir kadang-kadang, tapi tak pernah kering dengan perhatian selalunya. Seperti peti harta karun, yang menyimpan kemas-kemas segala harta; citra saya suka dan duka. Kuncinya ada pada saya, dia dan Esa. Apalah saja yang seorang saya ini mahukan daripada manusia lain yang bergelar sahabat. Dia ada dan selalu punya masa untuk meminjamkan telinga, itu sudah sangat saya hargai.

Kamu tahu sahabat, saya selalu sebak bila mengenangkan keadaan. Tapi saya pura-pura ketawa untuk kamu. Dan saya selalu gagal untuk menyorok di sebalik tawa bila kamu dengan mudah mengesannya. Itulah kamu. Yang punya hati selalu ikhlas dan menerima saya apa adanya saya. Syukur saya punya kamu, dan saya harap Dia jaga ukhwah kita kemas-kemas, hingga ke syurga sana. Amin Allahuma Amin...

Mahu minta pada Dia, semoga hati kamu selalu lapang dan urusan kamu selalu senang; kerana kamu sahabat yang saya sayang. Satu masa, bila kamu sudah punya tempat untuk berkongsi rasa, jangan lupa sama saya. Harap kamu juga selalu ingat, kamu punya seorang sahabat bernamakan saya. Saya takkan pernah putus mendoakan kamu seperti mana saya tahu, saya selalu ada dalam doa kamu. Kamu selalu pujuk hati saya dan selalu juga menyentuhnya dengan kebaikan kamu. Hari ini saya sebak lagi bila terkenang kamu...

Tak mahu lupa; saya punya sahabat bernamakan dia. InsyaAllah...

p/s: Awak...ingat lagi puisi 'Kehadiran'? Simpan ia kemas-kemas dalam kotak ingatan... =)

Isnin, 5 September 2011

.: Tenang Begini :.

"Ya Allah, aku memohon kasih sayang-MU, dan kasih sayang orang yang mencintai-MU, serta (kasihkan) amalan yang mendekatkanku kepada cinta-Mu. Ya Allah, jadikanlah kasih-MU lebih aku sukai berbanding diriku sendiri dan ahli keluargaku, dan daripada air yang sejuk."
- HR al-Tirmizi -


Lebih tenang begini; menyerahkan segala urusan hati yang tak mampu ditadbir sendiri kepada Ilahi kerana Dia Maha Mengetahui. Lalui hari-hari yang berlalu tidak seperti selalu. Tolak tepi soal hati perasaan. Maaf kepada yang menanti, ini bukan prinsip tapi belum tiba masanya untuk itu difikirkan. Senang dengan yang dilalui kini. Tidak memberi harapan, juga tidak membina harapan yang tinggi. Harapan itu ada, tapi sudah jauh disimpan di lubuk hati. Sudah terlalu penat untuk menelah sesuatu yang belum pasti. Now, let Allah do for us.


Serahkan urusan hati kepada-NYA kerana Dia selalu tahu apa yang terbaik untuk kita. Berlapang dada menerima segalanya. Itu kunci bahagia. Sampai satu masa, pasti ada jawapannya. Untuk masa ini, biarlah kita berjalan mengikut apa yang diaturkan-NYA. Kerana Allah merancang dengan Cinta-NYA. Tidak mahu mengecewakan dan tidak mahu dikecewakan. Bimbang rosak hati bila gagal mengawal diri dan emosi. Yakinlah janji Ilahi.

"...sesungguhnya Allah tidak pernah menyalahi janji-NYA..."
- Ali-Imran : 9 -

Tenang-tenanglah. Doa jangan putus. Semoga beroleh yang terbaik. Oh, jangan lupa untuk bersyukur ye! Kerana kita terpilih untuk diuji dan sesungguhnya ujian itu datang bersama hikmah yang tersembunyi, menambah keimanan di hati andai berjaya ditempuhi. Serahkan urusan ini pada Ilahi kerana Dia lebih mengerti dan memahami. Cinta Allah itu selalu ada dan kekal ada. Itu sudah sangat mencukupi.

Kuserah segala ketentuan
Biarlah masa yang berbicara
Dipangku wajah yang layu
Dan aku telah jemu...
Aku tidak mahu berpaling
Pada mengganggu dan menggugat
Sapanya meletihkan diri
Hadirnya mengundang penat...
Akan kuserah cinta ini
Bukan lagi pada manusia
Kerana cinta martabat itu
Bersalut segunung kepalsuan
Dan Kepuraan...
Aku semakin tidak peduli
Apa yang mungkin akan terjadi
Kerana gerak dan tindakanku
Mahu bebas dari masalah...
Kuserahkan cinta ini
Hanya pada-MU oh Tuhan...
- Kuserah Cinta : Inteam -


p/s : [Dalam cerita Sekali Lagi] Amani kata, "Kalau ada jodoh, kita jumpa lagi!" (^_^)v

Khamis, 1 September 2011

.: Mengasingkan Perasaan :.

“Berserah diri, kemudian pasrah. Orang bertawakal berasa tenang kerana ada janji daripada Allah. Orang berserah diri cukup dengan pengetahuan mengenai Allah dan orang pasrah reda terhadap hikmah Allah. Tawakal adalah permulaan, berserah diri adalah pertengahan dan pasrah adalah penghabisan.”
- Abu Ali Ad-Daqqaq -

Bercerita tentang mengasingkan perasaan, ramai akan menyangka kita perlu untuk membuang perasaan yang tidak selesa seperti sedih dan sebagainya jauh-jauh dari hati kita. Tidak, sebenarnya bukan begitu. Mengasingkan perasaan adalah dengan menyelami perasaan itu pada awalnya mengasingkannya setelah kita merasai kepahitannya.

Jika kita berasa sedih dan terluka, laluilah dan selamilah perasaan itu terlebih dahulu. Mengapa perlunya untuk kita melalui perasaan sedih itu? Sebenarnya begini, apabila kita membenarkan diri kita untuk merasa apakah perasaan sedih, maka kita akan dapat memahami bagaimana dan apa sebenarnya perasaan sedih itu. Perasaan yang membawa kepada tangisan, sebak, marah, putus asa dan sebagainya; itu perasaan sedih yang kita rasai. Lalu, sebagai insan yang bijak, seharusnya kita dapat menilai adakah perasaan sedih itu perlu untuk kita lalui setiap masa dan setiap ketika? Adakah kita mahu untuk terus murung tanpa melakukan apa-apa untuk mengubati perasaan itu?

Seharusnya, setelah kita melalui dan menyelami rasa sedih itu yang sudah kita ketahui bebanannya, maka untuk peringkat seterusnya, belajarlah mengasingkan perasaan tersebut. Tidak salah untuk kita berasa terluka dan sedih. Itu fitrah yang biasa dilalui oleh setiap insan yang tercipta. Namun, harus kita mengerti perasaan itu Allah yang beri dan hati itu Allah yang menjaganya. Dan kita perlu untuk percaya bahawa Allah Maha Penyembuh hati yang terluka dan sedih.


Jangan kita terus-terusan bersedih kerana perkara yang telah terjadi. Yang terjadi akan kekal terjadi dengan takdir-NYA. Tidak mengapa kita menangis untuk seketika tetapi carilah kekuatan daripada airmata yang mengalir itu. Ingatlah insan...

"Dan apabila perancangan tidak menjadi seperti yang diharapkan, senyum dan ingatlah. Manusia merancang dengan cita-cita sedangkah Allah merancang dengan cinta-NYA..."

Jangan kita bersangka buruk kepada ujian-NYA. Sungguh! Hidup ini adalah ujian... Dan ujian itu terselit hikmah di sebaliknya. Dan haruslah kita sebagai insan, membulatkan tekad menyerahkan urusan kesedihan itu kepada-NYA setelah kita berusaha dan terus berusaha. Berlapang dadalah atas setiap apa yang berlaku. Belajarlah mengasingkan perasaan. Pujuklah hati...

"Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan ada kemudahan..."
Al-Insyirah : 5


p/s : Menangis sehingga mata serupa mata panda (@_@)v

Rabu, 27 Julai 2011

Bila Perlu Melepaskan Kesedihan...

Even a happy life cannot be without a measure of darkness, and the word happy would lose its meaning if it were not balanced by sadness. It is far better take things as they come along with patience and equanimity.
- Carl Jung -

Menangislah ketika kamu bersedih. Namun, jangan lupa untuk belajar melepaskan kesedihan itu. Kesedihan yang digenggam sebagai kenangan akan membunuh kebahagiaan yang ada pada masa akan datang. Kita bukanlah hidup pada masa lalu, kita hidup untuk hari ini dan seterusnya.

Let by gone be by gone. Life doesnt always be like we want it to be. But everything happened with a reason.


Tersenyumlah! Allah tahu yang terbaik untuk hamba-NYA.

p/s: Biarkan...pergi dan pergi... Itu ketentuan dari Ilahi... Seharusnya kumenerimanya... Biarkan... Biarkan... Pergi dan pergi...

Rabu, 20 Julai 2011

Tersenyumlah!

“Cinta-Ku mesti bagi orang-orang yang saling mencintai kerana Aku, Cinta-Ku mesti bagi orang-orang yang saling bersilaturahim kerana Aku, Cinta-Ku mesti mesti bagi orang yang saling menasihati kerana AKu, Cinta-Ku mesti bagi orang-orang yang saling mengunjungi kerana Aku, Cinta-Ku mesti bagi orang-orang yang saling memberi kerana Aku...”
(Hadith Qudsi)

Apabila tanah hati disentuh hujan kecewa, biarlah ia basah untuk seketika. Sesungguhnya air mata itu melembutkan hati. Menangis itu juga satu terapi. Tapi tak usah berlama-lama meladeni perasaan kecewa dan sedih. Kelak, memakan diri dan merana jiwa. Tenang-tenanglah. Yakin dan terus yakin; bahawa Allah sentiasa mengatur yang terbaik untuk kita.

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui" (Al-Baqarah : 216)

Siapa saja boleh menangis dan berduka TAPI kita juga berhak untuk merasa gembira dan bahagia. Maka, jangan pernah menafikan sesuatu yang fitrah. Jangan terus menerus merasakan diri tidak mampu keluar daripada laut kecewa. Membiarkan rasional tenggelam begitu saja dengan alasan TIDAK TAHU BERENANG! Sebenarnya kita bukan tidak pandai, tapi adakalanya kita sengaja untuk tidak belajar berenang. Berenang ke pantai bahagia. Ayuh! Tersenyumlah! Allah itu ada dan akan sentiasa ada untuk kita menumpang kasih-NYA dan meraih bahagia bersama cinta-NYA kerana Allah tidak pernah lokek memberi sayang kepada sesiapa saja yang memintanya. Usah digusarkan ujian yang melanda.

"Maka sesungguhnya bersama kesusahan itu ada kemudahan."
(Al-Insyirah : 5)

Maka, jangan lupa untuk tersenyum! Sebarkan bahagia di hati... (^^,)

p/s : Senyuman itu pengubat hati, penyejuk jiwa...

Ahad, 29 Mei 2011

Penawar jiwa... Penyembuh luka...

"...Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram."
(Al-Ra'd : 28)

Ya Rabb,
aku tak mengharap yang terbaik
untuk setiap yang berlaku andai
itu bukan redha-MU.
Aku cuma ingin bahagia dalam diduga
aku redha hatta bertimpa walau berganda.

Ya Rabb,
hinanya aku di saat luka berdarah
baru kumencari arah
bergantung sembah.

Ya Rabb,
Jangan biar ia menitis kerana sakit dunia
yang meleka jiwa menyeksa atma.
Biarkan ia menitis kerana seulas rasa
seorang hamba yang berdosa.



p/s : Manusia fitrahnya punya hati, punya rasa dan punya jiwa. Tahu merasa sakit bila hati membekas luka. Namun, apalah daya seorang hamba kerana Allah adalah sebaik-baik penentu rasa. Kembalilah mengingati-NYA kerana Dia takkan pernah lupa bila kita meminta kepada-NYA. Allahu Akbar... Tenang-tenanglah hati, pulih-pulihlah jiwa, damai-damailah rasa...

Selasa, 24 Mei 2011

Bahagiakan hatimu...

Kebahagiaan itu lahir dari hati yang bahagia; bukan bahagia yang dicipta tanpa redha-NYA. Berbaik sangkalah dengan ujian Allah. Tersenyumlah... Tenang dan sabar akan membawa hatimu kepada bahagia yang diredhai. InsyaAllah...

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?"
(Ar-Rahman : 13)


Allah sedang menguji. Menangisi fitrah duka yang datang tak terjangka cukuplah hanya untuk seketika. Kerana ujian itu juga adalah nikmat, andai kita redha menyingkap tabir hikmah di sebaliknya.


Hidup tidak selalunya berlaku seperti yang kita mahu. Tidak mengapa kita menangis ketika hati terjeruk luka. Namun, bila air mata itu berhenti, itu adalah masa untuk kita bina kekuatan dan terus melangkah. Kerana takdir yang digariskan Allah itu indah dan berhikmah. Allah menguji hamba-NYA sekadar kemampuan. La yukallifullahu nafsan illa wus'aha. Tidak Allah membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.


Tersenyumlah kita hati sangat mahu menangis. Kekuatan hati itu bukan mudah untuk dibina namun tidak payah juga jika kita berusaha membinanya. Usaha jangan putus, doa jangan kering. Moga damai itu mengetuk pintu hati.

Tenang dan sabarlah kerana hanya mereka yang sabar berjaya memiliki. Ya...memiliki hati yang bahagia. Bukankah nikmat Allah yang lain melimpah ruah untuk kita?

Bahagiakan hatimu dengan cinta-NYA. Kasih manusia selalu bermusim. Sayang manusia tiada abadi. Kasih Allah tiada bertepi, sayang Allah janji-NYA pasti. Bangkitlah! Lakar pelangi di langit hati. Semoga warna-warni dari biasan cahaya cinta-NYA mampu membuatkan hatimu bahagia. Bahagia yang diredhai mudah-mudahan. InsyaAllah...

p/s : Jika kita mengharap pada cinta manusia, mungkin kita dihadiahkan rasa kecewa dan kehilangan di akhirnya. Tapi cinta Allah tidak begitu. Dia tidak pernah hilang. Ada dan akan sentiasa ada. Tersenyumlah... Usah ditangisi yang bukan milikmu.

Isnin, 23 Mei 2011

Tidak puitis, tapi rasanya sangat manis...

"Tersenyumlah ketika hati sangat mahu menangis..."

Ini entri yang diambil dari blog seorang sahabat... Syafiqa namanya... Mengenali dirinya semasa sama-sama menyertai Minggu Penulis Remaja DBP 2008 selama seminggu di Sri Cempaka Service Suites Cheras. Sungguh! Mengenali dan memesrai gadis manis yang amat cinta dengan jenaka dan ketawa, buat hati saya lapang dan senang... Kerana dia adalah dia. Bukan yang pura-pura... Sayang kamu Iqa... (^_~)v

Puisi ini aku tujukan buat seseorang yang sering meminta telinga, suara dan bahu puisi mungkin tak tepat. kerana aku cuma banyak menggunakan elemen anafora buat sahabat, aku kagum sama kamu. biar digelar bodoh oleh orang sedang mereka tidak tahu kamu berjuang untuk pandai semoga kepandaian membuat kamu memilih keputusan yang muktamad dan tepat JANGAN menangis lagi. gagal menghentikan tangisan kamu kadangkala membuat aku yang terasa bangsat.

Andai apa yang aku maksudkan di bawah ini turut dikongsi oleh kamu yang lain, semoga hati kamu semua cepat sembuh.amin.

---mula--

awak yang bernama raja kapoor!
ya, saya cintakan awak

walau ;
awak tak yakin pada saya
ada masa saya tahu awak curiga pada saya
ada masa saya tahu awak fikir saya jahat
ada masa awak mungkin anggap saya kambing hitam yang buruk
ada masa awak ragu2 butir bicara saya

dan ;
awak mungkin lebih cintakan dia lebih daripada saya
awak fikirkan dia, awak ingat dia dan awak sisihkan saya diam2
apa adanya dia, lebih pastinya dari saya
apa adanya saya, kurang pastinya berbanding dia

kemudian ;
awak tak pernah dengan seikhlas hati luah
"sayang, abang cintakan sayang seikhlas hati"
"sayang, abang tidak sekali-kali mahu jauh dengan sayang"
"sayang, harap kita jangan berpisah sampai mati"
"sayang, setia abang cuma untuk sayang"
"sayang, cuma sayang seorang yang bertakhta dihati abang"

walau ;
awak tak peduli sama apa yang saya rasa
awak tak peduli sama apa yang saya fikir
awak tak peduli sama apa yang saya cakap
awak tak peduli sama apa yang saya lakukan

kerana ; awak pastinya fikir
saya ini cuma budak hingusan yang cuma mahukan cinta
saya ini perempuan yang hanya mahu dimanja disayang
saya ini gadis yang tak tahu apa-apa
saya ini setahun jagung yang tak layak dicerita apa-apa
saya ini tidak masak secukupnya untuk diminta pendapat
saya ini mudah digula-gula dengan ayat-ayat cinta
saya ini pelepas kesepian semata

sebenarnya ;
saya tak sebodoh yang awak sangka
saya cuma tunggu dan lihat
saya menguji
saya ada otak, saya berfikir
cuma saya benci menipu hati untuk mengaku saya sangat cinta pada awak

sukar sebenanarnya bagi saya ;
mencintai yang tidak tahu erti menghargai
memberi dan terus memberi, dan hanya memberi
menjadi manusia lain supaya menepati kehendak awak
memikirkan hati yang ingin dijaga sedang hati sendiri penyek dipijak kaki keegoan awak

tak apa..
saya bukan budak baik
tapi saya suka sabar
suka sangat
sebab saya tahu sabar itu rasanya manis
kalau saya tiada
awak pasti sangat rasa, sangat terkesan!

supaya nanti ;
tuhan kasih sama saya = lalu diberinya saya sesuatu lebih yg awak tak ada
saya jadi lebih dewasa = lalu saya tidak bodoh lagi
awak tak ada = lalu saya tidak rasa apa-apa. biasa saja
ada orang hulur cinta indah = lalu saya lebih kagum & lebih mensyukuri

saya diam
kerana yang marah itu bukan saya
yang membenci itu bukan saya
yang memaki itu bukan saya

saya ini,
obses pada kasih sayang
saya tidak pernah lokek memberi-beri sayang
pada orang yang cintanya daripada saya

persetan
hidup ini adil, saya sangat percaya
ini masa saya rasa punah ranah
berendam air mata bukan perkara asing bagi saya
memendam itu sebahagian hidup saya
sabar itu sebati sudah dengan jiwa saya

lakukan apa saja semahu jiwa awak, sayang.
saya terima. saya suka.
walau hati saya yang lelaki lain mahu elus lembut
yang ibu ayah saya kucup dengan kasih sayang
saya beri pada awak untuk ditampar-tampar
dihenyak2, dihiris2, dimain2 kemudian dibuang2
tidak mengapa. untuk kali ini, saya rela.

suatu masa saya pergi bila saya penat dan tewas
hati saya pasti kosong tak berisi
masa itu, saya tidak kisah tentang awak
hidup mati awak
ya,tak penah kisah
tidak sekali-kali

sekarang sedang dilamun cinta
biarkan.
Allah maha besar
--tammat--

sumber : http://iniiqa.blogspot.com

p/s : Iqa...kamu bawa jenaka kamu ke mana-mana hingga membaca puisi kamu juga aku tersenyum lebar. Sungguh, puisi kamu yang manis...semanis dan setulus hati kamu sahabat... Moga sesiapa yang membacanya tahu menilai maslahat... Amin... =)

Jumaat, 20 Mei 2011

Kembali...

"Tidak ada cara yang dapat dilakukan oleh manusia sebagai tempat pelarian untuk bersembunyi dari fikirannya..."
- Thomas Edison -


Sudah sangat lama meninggalkan apa yang ada di sini. Hari ini dan mungkin seterusnya akan kembali mengisi kesenyapan yang lama dibiarkan. Berkongsi rasa dan ilmu yang tidak kaya. Hanya mahu menyampaikan apa yang perlu dan patut disampaikan untuk sama-sama dijadikan renungan. Semoga hati diberi kekuatan untuk terus berada pada aturan minda dan fikiran; bukan lagi sekadar berperasaan. Harus lakukan transformasi supaya sentiasa berada pada landas realiti dan kenyataan. Agar dapat sama kita merasa manis kebahagian dari secebis ilmu kebaikan.

p/s : Moga dipermudahkan segala urusan dan sentiasa dalam redeha-NYA. Amin...