Ahad, 29 Mei 2011

Penawar jiwa... Penyembuh luka...

"...Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram."
(Al-Ra'd : 28)

Ya Rabb,
aku tak mengharap yang terbaik
untuk setiap yang berlaku andai
itu bukan redha-MU.
Aku cuma ingin bahagia dalam diduga
aku redha hatta bertimpa walau berganda.

Ya Rabb,
hinanya aku di saat luka berdarah
baru kumencari arah
bergantung sembah.

Ya Rabb,
Jangan biar ia menitis kerana sakit dunia
yang meleka jiwa menyeksa atma.
Biarkan ia menitis kerana seulas rasa
seorang hamba yang berdosa.



p/s : Manusia fitrahnya punya hati, punya rasa dan punya jiwa. Tahu merasa sakit bila hati membekas luka. Namun, apalah daya seorang hamba kerana Allah adalah sebaik-baik penentu rasa. Kembalilah mengingati-NYA kerana Dia takkan pernah lupa bila kita meminta kepada-NYA. Allahu Akbar... Tenang-tenanglah hati, pulih-pulihlah jiwa, damai-damailah rasa...

Selasa, 24 Mei 2011

Bahagiakan hatimu...

Kebahagiaan itu lahir dari hati yang bahagia; bukan bahagia yang dicipta tanpa redha-NYA. Berbaik sangkalah dengan ujian Allah. Tersenyumlah... Tenang dan sabar akan membawa hatimu kepada bahagia yang diredhai. InsyaAllah...

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?"
(Ar-Rahman : 13)


Allah sedang menguji. Menangisi fitrah duka yang datang tak terjangka cukuplah hanya untuk seketika. Kerana ujian itu juga adalah nikmat, andai kita redha menyingkap tabir hikmah di sebaliknya.


Hidup tidak selalunya berlaku seperti yang kita mahu. Tidak mengapa kita menangis ketika hati terjeruk luka. Namun, bila air mata itu berhenti, itu adalah masa untuk kita bina kekuatan dan terus melangkah. Kerana takdir yang digariskan Allah itu indah dan berhikmah. Allah menguji hamba-NYA sekadar kemampuan. La yukallifullahu nafsan illa wus'aha. Tidak Allah membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.


Tersenyumlah kita hati sangat mahu menangis. Kekuatan hati itu bukan mudah untuk dibina namun tidak payah juga jika kita berusaha membinanya. Usaha jangan putus, doa jangan kering. Moga damai itu mengetuk pintu hati.

Tenang dan sabarlah kerana hanya mereka yang sabar berjaya memiliki. Ya...memiliki hati yang bahagia. Bukankah nikmat Allah yang lain melimpah ruah untuk kita?

Bahagiakan hatimu dengan cinta-NYA. Kasih manusia selalu bermusim. Sayang manusia tiada abadi. Kasih Allah tiada bertepi, sayang Allah janji-NYA pasti. Bangkitlah! Lakar pelangi di langit hati. Semoga warna-warni dari biasan cahaya cinta-NYA mampu membuatkan hatimu bahagia. Bahagia yang diredhai mudah-mudahan. InsyaAllah...

p/s : Jika kita mengharap pada cinta manusia, mungkin kita dihadiahkan rasa kecewa dan kehilangan di akhirnya. Tapi cinta Allah tidak begitu. Dia tidak pernah hilang. Ada dan akan sentiasa ada. Tersenyumlah... Usah ditangisi yang bukan milikmu.

Isnin, 23 Mei 2011

Tidak puitis, tapi rasanya sangat manis...

"Tersenyumlah ketika hati sangat mahu menangis..."

Ini entri yang diambil dari blog seorang sahabat... Syafiqa namanya... Mengenali dirinya semasa sama-sama menyertai Minggu Penulis Remaja DBP 2008 selama seminggu di Sri Cempaka Service Suites Cheras. Sungguh! Mengenali dan memesrai gadis manis yang amat cinta dengan jenaka dan ketawa, buat hati saya lapang dan senang... Kerana dia adalah dia. Bukan yang pura-pura... Sayang kamu Iqa... (^_~)v

Puisi ini aku tujukan buat seseorang yang sering meminta telinga, suara dan bahu puisi mungkin tak tepat. kerana aku cuma banyak menggunakan elemen anafora buat sahabat, aku kagum sama kamu. biar digelar bodoh oleh orang sedang mereka tidak tahu kamu berjuang untuk pandai semoga kepandaian membuat kamu memilih keputusan yang muktamad dan tepat JANGAN menangis lagi. gagal menghentikan tangisan kamu kadangkala membuat aku yang terasa bangsat.

Andai apa yang aku maksudkan di bawah ini turut dikongsi oleh kamu yang lain, semoga hati kamu semua cepat sembuh.amin.

---mula--

awak yang bernama raja kapoor!
ya, saya cintakan awak

walau ;
awak tak yakin pada saya
ada masa saya tahu awak curiga pada saya
ada masa saya tahu awak fikir saya jahat
ada masa awak mungkin anggap saya kambing hitam yang buruk
ada masa awak ragu2 butir bicara saya

dan ;
awak mungkin lebih cintakan dia lebih daripada saya
awak fikirkan dia, awak ingat dia dan awak sisihkan saya diam2
apa adanya dia, lebih pastinya dari saya
apa adanya saya, kurang pastinya berbanding dia

kemudian ;
awak tak pernah dengan seikhlas hati luah
"sayang, abang cintakan sayang seikhlas hati"
"sayang, abang tidak sekali-kali mahu jauh dengan sayang"
"sayang, harap kita jangan berpisah sampai mati"
"sayang, setia abang cuma untuk sayang"
"sayang, cuma sayang seorang yang bertakhta dihati abang"

walau ;
awak tak peduli sama apa yang saya rasa
awak tak peduli sama apa yang saya fikir
awak tak peduli sama apa yang saya cakap
awak tak peduli sama apa yang saya lakukan

kerana ; awak pastinya fikir
saya ini cuma budak hingusan yang cuma mahukan cinta
saya ini perempuan yang hanya mahu dimanja disayang
saya ini gadis yang tak tahu apa-apa
saya ini setahun jagung yang tak layak dicerita apa-apa
saya ini tidak masak secukupnya untuk diminta pendapat
saya ini mudah digula-gula dengan ayat-ayat cinta
saya ini pelepas kesepian semata

sebenarnya ;
saya tak sebodoh yang awak sangka
saya cuma tunggu dan lihat
saya menguji
saya ada otak, saya berfikir
cuma saya benci menipu hati untuk mengaku saya sangat cinta pada awak

sukar sebenanarnya bagi saya ;
mencintai yang tidak tahu erti menghargai
memberi dan terus memberi, dan hanya memberi
menjadi manusia lain supaya menepati kehendak awak
memikirkan hati yang ingin dijaga sedang hati sendiri penyek dipijak kaki keegoan awak

tak apa..
saya bukan budak baik
tapi saya suka sabar
suka sangat
sebab saya tahu sabar itu rasanya manis
kalau saya tiada
awak pasti sangat rasa, sangat terkesan!

supaya nanti ;
tuhan kasih sama saya = lalu diberinya saya sesuatu lebih yg awak tak ada
saya jadi lebih dewasa = lalu saya tidak bodoh lagi
awak tak ada = lalu saya tidak rasa apa-apa. biasa saja
ada orang hulur cinta indah = lalu saya lebih kagum & lebih mensyukuri

saya diam
kerana yang marah itu bukan saya
yang membenci itu bukan saya
yang memaki itu bukan saya

saya ini,
obses pada kasih sayang
saya tidak pernah lokek memberi-beri sayang
pada orang yang cintanya daripada saya

persetan
hidup ini adil, saya sangat percaya
ini masa saya rasa punah ranah
berendam air mata bukan perkara asing bagi saya
memendam itu sebahagian hidup saya
sabar itu sebati sudah dengan jiwa saya

lakukan apa saja semahu jiwa awak, sayang.
saya terima. saya suka.
walau hati saya yang lelaki lain mahu elus lembut
yang ibu ayah saya kucup dengan kasih sayang
saya beri pada awak untuk ditampar-tampar
dihenyak2, dihiris2, dimain2 kemudian dibuang2
tidak mengapa. untuk kali ini, saya rela.

suatu masa saya pergi bila saya penat dan tewas
hati saya pasti kosong tak berisi
masa itu, saya tidak kisah tentang awak
hidup mati awak
ya,tak penah kisah
tidak sekali-kali

sekarang sedang dilamun cinta
biarkan.
Allah maha besar
--tammat--

sumber : http://iniiqa.blogspot.com

p/s : Iqa...kamu bawa jenaka kamu ke mana-mana hingga membaca puisi kamu juga aku tersenyum lebar. Sungguh, puisi kamu yang manis...semanis dan setulus hati kamu sahabat... Moga sesiapa yang membacanya tahu menilai maslahat... Amin... =)

Jumaat, 20 Mei 2011

Kembali...

"Tidak ada cara yang dapat dilakukan oleh manusia sebagai tempat pelarian untuk bersembunyi dari fikirannya..."
- Thomas Edison -


Sudah sangat lama meninggalkan apa yang ada di sini. Hari ini dan mungkin seterusnya akan kembali mengisi kesenyapan yang lama dibiarkan. Berkongsi rasa dan ilmu yang tidak kaya. Hanya mahu menyampaikan apa yang perlu dan patut disampaikan untuk sama-sama dijadikan renungan. Semoga hati diberi kekuatan untuk terus berada pada aturan minda dan fikiran; bukan lagi sekadar berperasaan. Harus lakukan transformasi supaya sentiasa berada pada landas realiti dan kenyataan. Agar dapat sama kita merasa manis kebahagian dari secebis ilmu kebaikan.

p/s : Moga dipermudahkan segala urusan dan sentiasa dalam redeha-NYA. Amin...