Selasa, 25 Oktober 2011

.: Percaya :.

"Trust is just like a paper. Once it's crumpled, it can't be perfect again..."

Kadang-kadang dalam hidup ini kita menaruh percaya pada salah tempat, salah orangnya. Kau orang tahu apa rasanya ditipu dan diperguna? Rasanya tidaklah seenak kek buah berperisa oren. Tapi tak ubah seperti tertelan biji mangga lalu tersekat di kerongkong. Huhu...saya tipu ja! Ya, saya sedang ketawa. Sedang cuba untuk suka.



Sakitkan kalau kita ditipu dan diperguna oleh orang yang kita percaya? Lebih teruk lagi jika kita tahu yang kita sedang ditipu dan diperguna. Itu tandanya kita sedang lakukan sesuatu yang kurang cerdik. Mendera hati sendiri. Kawan saya pernah kata, "Jangan terlalu menaruh percaya sebabnya kawan itu juga manusia biasa...". Hari ini saya setuju terlalu dengan kata-katanya. Ya, awak memang selalu benar bila memberi nasihat. Saya ja yang selalu tak mahu dengar nasihat awak. Maafkan saya awak!

Kau orang ingat ini ya, percaya itu jangan mudah diberi-beri. Saya bukan mahu ajar kau orang supaya bersangka-sangka. Tidak sama sekali. Ya, saya tahu kau orang memberi percaya kerana kau orang sayang. Tapi kau orang yakinkah, sayang kau orang itu tidak disia-sia? Selagi namanya manusia, kau orang dan saya juga, kadang-kadang tergula-gula dengan manisnya kata. Saya sudah rasa, jadi jangan kau orang cuba nak rasa sama. Kelak kau orang parah merawat hati sendiri.

Semalam saya suka terlalu bila ada bunga-bunga kata yang cantik berwarna-warna. Dan terlalu selalu begitu. Dan saya percaya. Dan saya terlupa. Dan seperti selalunya. Dan itu hanyalah kata semata-mata. Dan entah untuk kali yang keberapa, saya terdengar lagi alasan kamu di hujung telinga. Dan itu helah bela diri seperti sedia kala. Dan saya terdiam. Dan dan dan dan dan... Dan apa lagi boleh saya kata?


Yang saya sudah percaya dan sedang percaya, saya tahu kamu tidak akan membaca ini kerana saya bukanlah kepentingan utama. Tapi saya sangat berharap kamu merasa.  Maafkan saya jika saya diam. Saya ketawa tadi, bukan bermakna saya suka. Dan bila saya diam, itu tandanya saya sedang tidak suka. Kamu teruslah dengan hidup kamu juga hari-hari bersama dia yang lebih kamu hargai dan percaya. Pergi jauh-jauh dari saya. Yang sedang menipis kini namanya PERCAYA.

p/s: Maaf ya...entri kali ini tak memberi manfaat apa-apa kepada yang membaca.

Selasa, 4 Oktober 2011

.: Trifle Untuk Kamu :.

"The best way to cheer yourself up is to try to cheer somebody else up..."
- Mark Twain -


Assalamualaikum semua... Entri dalam ke'bizi'an melampau sebenarnya ni. Tapi tak mengapa...demi sahabat, saya rela. (^_~)v Kali ini entri dikarang khas buat seorang teman yang mahukan resipi puding trifle yang pernah dia jamah semasa berkunjung ke rumah saya dulu. Gambar ini bukan trifle yang saya buat. Ini kawan saya [http://anglelady.blogspot] yang buat. Saya pinjam saja sebagai pameran. Hehe.. Apapun trifle yang akan saya beri resipinya ini, lebih kurang sama macam ini jugalah. Baiklah...chef Misraini akan memulakan kelas membuat puding trifle secara maya. Kalau suka, boleh cuba sendiri ya... =)

Bahan-bahan:

1 buku kek gulung
[apa-apa perasa pun boleh, tapi saya selalu beli perasa coklat]
2 sudu tepung kastard
1 kotak jeli Nona
1 tin susu cair
1 tin fruit koktail
Gula sesedap rasa

Cara-cara:

  1. Potong kek dan susun slice demi slice kat dalam mangkuk kaca atau mangkuk ikut keselesaan anda[Jangan kecil sangat ye mangkuk tu]. Susun sampai penuh ruangan mangkuk itu. Kek yang lebih bolehlah dimakan sambil-sambil buat tu kan.
  2. Taburkan sikit fruit koktail tu ke atas lapisan kek tadi. Agak-agak je ye. Jangan habiskan 1 tin tu.
  3. Kemudian, masakkan 2 sudu tepung kastard itu dengan 1 tin susu cair dan tambah secawan air. Masukkan gula sesedap rasa dan masaklah ia sampai berkilat dan likat. Masak lama-lama ye sampai ia bertukar jadi warna kuning telur yang cantik dan menyelerakan. Hehe...
  4. Kemudian, tuang kastard yang dah masak itu ke atas lapisan kek tadi. Ratakan ke seluruh permukaan.
  5. Kemudian, masakkan pula jeli Nona sebungkus itu dengan 2 cawan air dan gula. Gula tu sesedap rasa jugalah. Ikut selera masing-masing. =)
  6. Selepas jeli tu masak, tuang di atas kastard tadi. Tuang perlahan2 supaya tak bercampur dengan kastard. Lakukanlah dengan penuh kasih sayang seperti menatang minyak yang penuh. =)
  7. Kemudian, taburlah lebihan fruit koktail itu ke dalam jeli yang sudah dituang itu. Biar dia tenggelam dan berenang-renang di dalam jeli. Oh lupa, jangan tuang air koktail tu sekali ye. Koktailnya saja.
  8. Lepas tu, biar dia sejuk sikit dan masukkanlah dalam peti ais. Lepas tu bolehlah makan dengan sangat nikmat.
Ok...dah siap! Selamat mencuba ye... Perlu tinggalkan anda untuk beberapa musim kerana terlalu banyak tugasan yang perlu dilunaskan saat ini. Tinggal dulu sahabat... ~