Selasa, 15 Disember 2009

Hidup ini bagaimana sebenarnya?

Seminggu dua ni otak saya berpusing-pusing. Sedang menimbang-nimbang untuk membuat keputusan penting dalam hidup. Kadang-kadang berfikir macam ni, kadang-kadang berfikir macam tu. Berselirat sana sini. Adakala terasa mahu pasrah dan berserah saja. Diam dan tenang-tenang sendiri... Saya pening la... Bagaimana perjalanan hidup ini sebenarnya?

Berkira-kira untuk melangkah dalam kabus hidup yang belum pasti bila akan reda...


Tanah hati yang tertimpa hujan keliru, hanya mampu berpayungkan doa dan harapan. Moga diberikan kekuatan untuk memilih yang terbaik. Sama ada berteduh di bawah sayap rasa atau biarkan saja ia berjalan mengikut takdir...


Alangkah bahagianya jika mentari bahagia memutuskan tidak mahu menyembunyikan diri lagi... Tapi itu mustahil kerana pekat malam sudah diamanahkan untuk kembali menyapa... Saban hari...


Apa yang ada di hujung jalan? Ya Allah, mohon petunjuk-Mu untuk membuat keputusan yang terbaik. Ujian yang sedikit cuma, tapi alangkah lemahnya diri untuk menyingkap hikmah di sebaliknya...


...KELIRU...


Yang Maha Mengetahui segalanya,
izinkan aku mencuit sedikit tenang
dalam gelora ujian-MU
agar nanti aku bisa memilih
dengan petunjuk dan redha-Mu.

Pada-Mu Ya Rabb,
aku mengikat tali keredhaan
agar nanti bisa aku bergantungan
saat runtuhnya tanah pengharapan...

p/s : Bagaimana nanti...

4 ulasan:

Wan Nur Hanisah A.Halim berkata...

Ke hadapan MISRAINI WAZIR, ak xpandai nk bermadah tapi ak ad beberapa potong hadis yg bOleh kita kOngsi bersama untuk menguatkan semangat kita sehari-hari:

'Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku. Aku bersamanya ketika dia mengingati-Ku. Apabila dia mengingatiKu dalam dirinya, nescaya aku juga akan mengingatinya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingati-Ku dalam suatu kaum, nescaya Aku juga akan mengingatinya dalam suatu kaum yang lebih baik daripada mereka. Apabila dia mendekati-Ku dalam jarak sejengkal, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa. Apabila dia datang kepada-Ku dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya Aku akan datang kepadanya dalam keadaan berlari-lari anak' (Hadis Qudsi)

“Dan sepenuhnya urusanku ini, kuserah pasrahkan bulat-bulat kepada Allah, sebab Ia Maha memperhatikan semua urusan hamba-Nya.”
(Surah al-Mukmin, ayat 44)

“Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan dapat masuk ke dalam syurga, padahal belum kamu mengalami duka derita yang pernah dialami dan menimpa orang terdahulu sebelum kamu.”
(Surah al-Baqarah, ayat 214)

Apabila seseorang sanggup menghadapi ujian Allah dengan tabah, sudah tentu imannya bertambah kuat dan mantap, sering bermuhasabah diri dan memperbaiki kelemahan demi mencapai insan dikasihi Allah.
Bersama-samalah kita tabah hadapinya insyaAllah =)

AmirSyah Mazlan berkata...

nice work kak wan!

ujian tu lah yang mengangkat darjat kita di hadapanNya kn?


macam kita exam jugak. kalau pass exam akhir tahun, baru boleh naik kelas tahun depan.. hehe..

cuma doakan, semoga kita tak diberi ujian sehebat umat zaman dahulu. dan semoga Allah sentiasa bagi hidayah pada hambaNya ni, untuk hadapi ujian yang Dia sendiri bagi.

kalau lah ujian tu cikgu yang bagi, dah pasti cikgu ada jawapannya kan?

macam tu jugak Allah... (T.T)

.: S.A.Y.A :. berkata...

tima kasih sedara sedari...

Sepintas berkata...

buat keputusan baik2 ye misz...aku yakin ko akan buat keputusan yg terbaik...heheheh sje menyibok...