Khamis, 29 Disember 2011

.: Sudah-Sudahlah :.

"DIAM itu tandanya sedang TIDAK SUKA."


B E R H E N T I. Sudah-sudahlah seorang kamu. Berhenti menyakiti hati sendiri. Makin kamu mendekat, makin ia menjauh. Tak yakinkah kamu dengan susunan takdir-NYA. Jangan kamu dekati lagi dan lagi dan lagi. Kelak, yang sakit itu jiwamu sendiri. Bukan sengaja melukakan. Namun, kamu tidak pernah mengenal apa ertinya memberi ruang. Dalam keadaan yang menyesak, pilihan apa lagi yang tinggal selain DIAM? Dan diam itu akan menghiris-hiris hatimu menjadi kepingan rasa yang paling tipis. Serasa kamu, dengan mengatur langkah tanpa henti kamu akan sampai kepada yang kamu cita dengan sangat segera? Hati-hatilah seorang kamu. Jangan kamu paksa yang tidak rela. Jiwamu bakal bertambah luka andai kamu tidak juga mahu memberi ruang. Bimbang nanti sampai satu masa, yang 'ada' menjadi 'tiada' walaupun nyata di depan mata.

p/s : Menyerah bukan bererti kalah; tapi maknanya memberi ruang.

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sabar itu Indah.. (^_^)v

Nurul Aqilah berkata...

btl tu Misz, sy stuju... diam bermakna x suka. drpd pengalaman sy, bila seseorg itu diam apabila ditanya atau kita mendesak... dia diam je bermkna dia xsuka... blh jd, klu kita trus bertanya atau mendesak dia akn menyampah dgn kita... nnti bila dia dh ok, dia sndri akn bgthu kita tnpa dipinta... sesuatu yg kita tidak thu skg, kita akn thu juga apabila tiba masanya... kita cuma perlu sbr n tenangkn diri... ^_^ jd, kita pn diam je la...huhu

.: S.A.Y.A :. berkata...

aqilah :
setuju dengan sgt byk...
hehe...betul3...
cuma perlu diam & sabar...
jangan paksa, nnt org jadi tak suka... =)

Nurul Aqilah berkata...

Misz nanti ngajar kt sklh mana?

.: S.A.Y.A :. berkata...

jap2...aqilah ni yang mana ya?
maaf sangat...misz x ingat...
huhuhu...
belum tau lagi posting mana...
insyaAllah, pertengahan jan ni tahu...

Nurul Aqilah berkata...

saya bkn sapa2 la misz.. cuma selalu je singgah di taman hati misz nie.. hehehe (",)

.: S.A.Y.A :. berkata...

Ooo...hehe...terima kasih singgah walaupun taman ni selalu tak bersapu... kesian awak... datang sini je penuh daun kering... hehe... =)

Nurul Aqilah berkata...

sama2.. xda la daun pnuh sgt.. byk bunga2 yg blh sy ambil kt tmn misz ni...hehehe

muzammil rahim berkata...

Menyerah itu pasrah. Redha itu Ikhlas. Wah Gitu

[Kawan subaidi-debaters IPGKB]