Jumaat, 18 Mei 2012

.: W.H.I :.

Jarang sekali menonton. Tapi topik Wanita Hari Ini, TV 3, 18 Mei 2012... Tiba-tiba menarik hati nak menghadamnya... hmmm...

~ JASAD UNTUK ISTERI, HATI UNTUK KEKASIH LAMA ~


Boleh ye macam tu? Beruntunglah yang lama, makan hatilah yang baru... Tapi boleh kata apa lagi? Dah jadi suami dah pun. Tahan dan makan hati jela... Doa banyak-banyak, supaya hati si suami dapat disentuh lagi. 'Hati' hanya boleh disentuh dengan 'hati'... 


Walau suami berlaku seperti kata-kata di atas ni, isteri tetaplah juga namanya wanita. Tetaplah juga memaafkan dengan selalu. Kan kan kan? Lazimnya begitu... hmm...

"Bila dia mencintai, maka dia mencintai sepenuh hati. Sampai sanggup melukakan hati sendiri."
~ Ini adalah WANITA yang hatinya terlalu kasih ~

Entah ini satu kesilapan atau ini satu permulaan untuk bertabah dalam menempuh hidup sebagai seorang isteri yang hati suaminya bukan ada di sisi.
Entah... Apa pun, kita tak akan pernah tahu perancangan DIA. Yakinlah aturan-NYA adalah yang terbaik. DIA tak kejam.... =)



p/s : Belum bergelar isteri - rasanya lebih baik berlaku adil pada hati sendiri...

2 ulasan:

jerret berkata...

Salam..

Kamu bersedih.. maafkan sebab tak menjadi kawan yang baik seperti dulu.. tapi kita tetap kawan sampai bile2.. sabar ye.. pilihan kita ketika hidup ni cuma dua jer.. baik dan buruk.. jadi mana yang terbaik untuk kita, pilih la ia walaupun hati itu sukar menerimanya.. biasalah, yang baik itu selalu diganggu oleh hasutan syaitan menyebabkan ia terasa berat untuk diterima.. istikharah lah, sebab itu lah jalan terbaik untuk memilih antara 2 jalan tadi yang kadang2 tidak nampak bezanya tapi hakikatnya ia berbeza..

Terukir di bintang..

wslm..

.: S.A.Y.A :. berkata...

Jef...

Hehe...nampak macam org sedang sedih2 ya? Gimik ja tu... Penulisan itu kan pelbagai... hehe... Tak ada apa pun yang perlu disedihkan... Saja ja menulis untuk suka-suka... Ya, kita kawan baik sampai bila-bila... Semoga urusan kamu selalu senang ya kawan! Sebab kamu baik hati dan selalu ada untuk kawan-kawan... (^_~)v