Khamis, 7 Jun 2012

.: M.A.A.F :.


Sebuah kata bernama RASA...
Mengaturnya tidaklah payah, bukan jugalah mudah. 
Jauh di dalam, luar jarang dapat dijangka.
Meneka itu ada, namun tepatnya bukanlah biasa.

Milik kamu...
Senyum di luar, ketawa nyata.
Mata menyinar duka bukan dapat disorok-sorok.
Memahaminya dari gerak bicara tersusun.
Indah.
Namun sirat di balik perlu juga dihadam molek.
Itu yang jarang sekali si penama SAYA ini mengerti.

Diri...
Ceroboh yang namanya RASA itu telah terlajak.
Bila kuasa hati meraja, berkurang nilai putih di dalam.
Maafkan seorang SAYA ya.
Meluka secara tak sengaja.
Mengeruh jernih yang ada.
Sungguh...
Selalu cuba untuk melapangkan ruang jiwa.
Agar 'terima' itu dipelajari.
Cuma kadang-kadang tak tertebas semak ragu yang meninggi.
Pada musim yang tiba-tiba ada.

Masa...
Bukan dapat diputar semula.
Hanya dapat dianyam menjadi ingatan.
Telah terjadi, maka statusnya tetap 'telah terjadi'.
Cuma mengharap, bilah-bilah masa yang akan hadir
tersulam kemaafan bersamanya...

Kalaulah...
Seorang saya itu bukanlah ada seperti dulu,
Mungkin yang cerah tak bertukar kelabu.
Kalaulah...
Mengundur itu boleh dan perlu,
pasti langkah ini diatur begitu.
Biar jernih semula yang dikocak keruh.
Tapi apalah adanya sebuah percaya pada kata 'KALAU'.
Seperti sengaja mencantas kuntum redha yang sepatutnya dibenarkan berkembang wangi.

Sedang belajar...
Dan akan terus belajar.
Untuk berlapang dada.
Bermesra dengan istilah 'terima'.
Tidak mahu berulang kali melukakan.
Biar ini yang pertama juga yang terakhir.
Seorang saya mengocak rasa seorang kamu.
Yang jauh dan tak bernah bertemu tetapi lebih dulu ada.

Maaf.
Dan itu nama sebuah kata yang terlalu didamba.


p/s : Tuhan...jauhi saya daripada terus mengusik rasa dan melukakan. Amin Allahuma Amin. 





Bersalah teramat. Maafkan saya. (T_T) Semoga selepas ini dan kemudiannya akan baik-baik saja ya antara kita.


2 ulasan:

SyaheeDah berkata...

^__^
'peristiwa' yg mgkin tak mampu org fhm sefaham-fhmnya..

namun sempat sy hadam utk bekal khidupn yg msh tersisa,tq..

& apa yg sy tahu,Allah beri kak kekuatan yg besar..

..kekuatan yg tidak pernah muncul, kecuali pabila Dia berkehendak.

(^^,)

.: S.A.Y.A :. berkata...

Syaheeda sayang...
dalam berhidup sesama manusia ada tiga ayat yg tak boleh dan tak patut kita lupa...

1. MAAFkan saya...
2. Boleh saya minta TOLONG...
3. TERIMA KASIH ya...

Bila sedar diri kita dah pun berbuat satu garis luka di hati orang lain, maka haruslah ketiga-tiga ayat dia atas dipohon pada DIA dan pada dia. Kita manusia kan...fitrahnya sesama kita juga mengerti... LUPA... Ya, kadang-kadang terlupa yang kita ini manusia. Tidak punya kuasa menghakimi walau disakiti. Tapi itu yang selalu kita buat.

Menulis entri di atas tu semasa emosi 'SEDAR DIRI' kot dik... Haha...apapun, ambillah mana2 molek. Kongsi sama-sama. Yang tak berapa 'cantik' tinggal sini saja ya... hehe...

Dik...kak rindu Usrah... Rindu diskusi muslimah... Rindu Kuala Lipis... Rindu yang teramat... =')