Isnin, 2 November 2009

Tidak Kurang Tidak Pula Lebih Walau Sedetik...

"Katakanlah sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu." (Al-Jumu'ah 62:8)

Innalillahi wainnalillahi raji'un... Maghrib tadi saya menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada seorang pensyarah saya (En. Hairi Yahya) menyampaikan khabar bahawa bekas pensyarah Afzan, Tuan Haji Azmi Ismail telah kembali ke rahmatullah petang tadi setelah mendapat kemalangan di kebunnya.


Tergamam seketika. Seperti percaya dengan tidak percaya. Semalam... (klik sini untuk sambungan)

Tuan Haji Azmi Ismail...segala jasa dan bakti yang dicurahkan hanya Allah yang mampu membalasnya. Moga kesungguhan menyampaikan ilmu sepanjang bergelar murabbi diberkati.Bingkisan Al-Fatihah serta doa kami iringi buat Tuan sebagai bekalan di alam abadi... Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Amin...

p/s : Dalam tidak disangka-sangka... Janji pasti ditepati, jika ingin dicabut-NYA nyawa, maka tidak akan kurang dan tidak akan lebih walau sedetik. Itu janji-Nya... Bersama kita menginsafi diri yang nyata seorang hamba yang tak punya kuasa untuk menahan segala yang sudah diatur-Nya. Kita masih diberi peluang untuk bernafas bukan untuk merasa lega tetapi untuk memohon ampun dan taubat setelah memalit dosa semenjak diberi peluang menginjak dunia pinjaman-Nya... Ya Allah...di mana takah hamba-Mu ini? ='(

1 ulasan:

odah berkata...

Salam

Tn Hj Azmi adalah salah seorang yang mengendalikan KLMS waktu d MPSAH dulu.Walaupun garang ialah KLMS tapi akak memang respek kat beliau. Takziah buat keluarganya dan semoga ditempatkan di kalangan orang yang beriman.