Isnin, 5 September 2011

.: Tenang Begini :.

"Ya Allah, aku memohon kasih sayang-MU, dan kasih sayang orang yang mencintai-MU, serta (kasihkan) amalan yang mendekatkanku kepada cinta-Mu. Ya Allah, jadikanlah kasih-MU lebih aku sukai berbanding diriku sendiri dan ahli keluargaku, dan daripada air yang sejuk."
- HR al-Tirmizi -


Lebih tenang begini; menyerahkan segala urusan hati yang tak mampu ditadbir sendiri kepada Ilahi kerana Dia Maha Mengetahui. Lalui hari-hari yang berlalu tidak seperti selalu. Tolak tepi soal hati perasaan. Maaf kepada yang menanti, ini bukan prinsip tapi belum tiba masanya untuk itu difikirkan. Senang dengan yang dilalui kini. Tidak memberi harapan, juga tidak membina harapan yang tinggi. Harapan itu ada, tapi sudah jauh disimpan di lubuk hati. Sudah terlalu penat untuk menelah sesuatu yang belum pasti. Now, let Allah do for us.


Serahkan urusan hati kepada-NYA kerana Dia selalu tahu apa yang terbaik untuk kita. Berlapang dada menerima segalanya. Itu kunci bahagia. Sampai satu masa, pasti ada jawapannya. Untuk masa ini, biarlah kita berjalan mengikut apa yang diaturkan-NYA. Kerana Allah merancang dengan Cinta-NYA. Tidak mahu mengecewakan dan tidak mahu dikecewakan. Bimbang rosak hati bila gagal mengawal diri dan emosi. Yakinlah janji Ilahi.

"...sesungguhnya Allah tidak pernah menyalahi janji-NYA..."
- Ali-Imran : 9 -

Tenang-tenanglah. Doa jangan putus. Semoga beroleh yang terbaik. Oh, jangan lupa untuk bersyukur ye! Kerana kita terpilih untuk diuji dan sesungguhnya ujian itu datang bersama hikmah yang tersembunyi, menambah keimanan di hati andai berjaya ditempuhi. Serahkan urusan ini pada Ilahi kerana Dia lebih mengerti dan memahami. Cinta Allah itu selalu ada dan kekal ada. Itu sudah sangat mencukupi.

Kuserah segala ketentuan
Biarlah masa yang berbicara
Dipangku wajah yang layu
Dan aku telah jemu...
Aku tidak mahu berpaling
Pada mengganggu dan menggugat
Sapanya meletihkan diri
Hadirnya mengundang penat...
Akan kuserah cinta ini
Bukan lagi pada manusia
Kerana cinta martabat itu
Bersalut segunung kepalsuan
Dan Kepuraan...
Aku semakin tidak peduli
Apa yang mungkin akan terjadi
Kerana gerak dan tindakanku
Mahu bebas dari masalah...
Kuserahkan cinta ini
Hanya pada-MU oh Tuhan...
- Kuserah Cinta : Inteam -


p/s : [Dalam cerita Sekali Lagi] Amani kata, "Kalau ada jodoh, kita jumpa lagi!" (^_^)v

7 ulasan:

Sarah berkata...

Ya, betul tu Cik Misraini...^_^ saya sokong!

.: S.A.Y.A :. berkata...

terima kasih sarah... =)

jef jerret berkata...

(^_^)V...

.: S.A.Y.A :. berkata...

jef...
sila jgn guna nama samaran anda itu di sini...
x best la awk...
jefri jamian ok...
jerret tu x voge pon ok...
=p

jef jerret berkata...

Nama jerret tu kenangan dan agak sukar nak dilupakan... Anggap saja tu nama pena saya.. he3...
Kelakar plak rasanyer... tiada blog, tiada sajak dan gurindam mahupun kata2 indah boleh ada nama pena plak kan.. ha3.. :)
Ape pun "All de best".. suke baca blog kamu..

SyaheeDah berkata...

salam,kak..

nice entry!

subhanallah, Allah memperlihat kuasaNya, Dia mencipta dirimu sebagai suatu ciptaan terbaek dalam kalangan ciptaanNya yg lain(^_^)

thanks kak, sudi sama2 menjayakan program 14sept hari tu..

*moga rhmt Allah sentiasa mengiringimu*

.: S.A.Y.A :. berkata...

wslm idah...

akak org biasa je dik...
sama mcm kamu juga...
menulis apa yg dirasa utk sama2 kita renung dan membuat timbang tara...
utk 14sept tu, terima kasih juga sebab jemput kak... =)
terima kasih utk doa idah...

semoga idah pun selalu dlm kasih-NYA...

(^_~)v