Khamis, 17 Mei 2012

.: K.E.S.A.B.A.R.A.N :.

"Hanya yang SABAR akan menemui jawapan..."
- Kamu -


SABAR. Mudah - tulis dan baca. Hakikat? Tak semudah melontarkan syarat dan peraturan yang diistilahkan sebagai 'kata-kata' biasa saja.

Senyum. Senyum dengan air mata. Terlalu selalu dan terlalu lama menghadam erti sabar. Penat. Jangan ditukul terus menerus. Bimbang nanti berkecai sebelum sempat jawapan diberikan.

Jika syarat kamu - SABAR, maka syarat saya - IKHLAS. Boleh macam tu? Menerima apa adanya. Boleh begitu?


Semakin letih. Letih untuk faham. Terlalu banyak 'tak apalah' yang dituturkan tiap-tiap kali sabar diuji. Terlalu banyak tolak ansur walau yang luka calar itu hati sendiri. Apa ya ertinya 'menghargai'?

Entah boleh atau tidak 'sabar' itu bertahan. Bimbang, satu hari nanti, hati jadi pejal. Dilontar tak pecah berderai, tapi melantun semula. Dan DIAM mengambil tempat.

Cuba dan terus cuba bertahan. Kerana rasa yang paling dalam itu selalu memaafkan.


p/s : Belajarlah...


2 ulasan:

Amiera berkata...

Situasi ni pnh sy alami suatu ketika dulu...
bg dia, sabar...bg sy, ikhlas..
sbr tp hakikatnya hati menangis...
bkn xblh sbr tp ada suatu perkara ketidakjuran dirasai...
harus bagaimana?
sbr n trus sbr hgga akhr nnti hati diam trus kaku tnpa rasa...

.: S.A.Y.A :. berkata...

Amiera sayang...
Orang yang sabar selalu menang...
Baca ini, hadam molek-molek ye...

Kita harus pegang 3 perkara ni :

1. Jika Allah cepat memakbulkan kita, bermakna Dia menyayangi kita dengan sesungguh-NYA.
2. Jika DIA lambat atau menunda dalam memakbulkan doa kita, bermakna DIA ingin menguji. DIA nak kita selalu doa dan berusaha dengan lebih banyak. Sabar dengan banyak juga.
3. Jika DIA tidak memakbulkan doa kita, yakin dan percayalah, DIA ada perancangan yang lebih baik untuk kita.

Amiera sayang, setiap sesuatu tu berlaku ada hikmahnya. Everything happened 4 a reason. Senyumlah dengan banyak. Hidup ini juga sebenarnya ujian. Lalui dengan tenang.

TENANG + SABAR = BAHAGIA...

Percayalah! DIA sebaik-baik penentu. Lapangkan hati ye sahabat... (^__~)v